Isnin, 3 Ogos 2009

Deerland, Kuala Gandah (II)





Haiwan lain yang berada di Mini Zoo deerland. Klu ada masa bawa lah family ke sana, seronok

Deerland, Kuala Gandah














Tak pernah sampai lagi di Kuala Gandah nie. Ni lah pertama kali jue & friends sampai kat sana itu pun atas urusan kerja klu tak memang tak pernah sampai la jawab nyerr. ni masa aktiviti memberi makan kepada rusa-rusa nie. Tapi Jue tak berani bagi takut laaa. Rusa nie siap gigit baju Jue lagi. Rasa tak tahu nak cakap macam mana perasaan nie. Hanya Tuhan yang tahu betapa takutnya pada masa tu... wahal rusa-rusa nie jinak jerrrr.

Ahad, 2 Ogos 2009

qaisara oh qaisara




Baru nie qaisara jatuh di taska nya. luka kat tepi mata nasib baik la tak kene dalam mata. Memang sedih rasanya bila tengok anak kita luka macam tu, tapi nak buat macam mana Qaisara sendiri memang boleh tahan lasak. Lepas baru nak baik luka di tepi matanya kena plak penyakit kakitangan dan mulut. Mula-mula tu ingatkan kena gigitan nyamuk tapi bila bawa jumpa doktor private, dan doktor mengesahkannya macam tak caya jerrr. Keesokan pagi Jue bawa pula ke klinik Kerajaan dan jawapan tetap sama and then kenalah kuarantin. Suka sangatlah tak payah pergi taska balik umah opah. Dengan si kakak sekali tak pergi sek coz adik cuti lama kakak tak cuti. Nak wat camner nak paksa cian plak kakak coz baru 4 tahun x leh la nak push sangat. Klu dah 6 tahun tu kena jugalah berkeras... Adik lepas nie jangan sakit-sakit lagi tauuu....

Khamis, 4 Jun 2009

Happy Birthday Atuk


Semalam balik BS sambut birthday my father. birthday jatuh pada 03.06.2009 tetapi lewat satu hari coz pada permulanyer nak buat sendiri kek nyer. Hajat hati nak buat Slice Cheesecake Pandan tetapi lain pula jadinyer. Jadi Cheesecake sungai Wang (he heh heh heh)
nak buat slice cheesecake tu ken aputih telur di pukul sama gula menjadi meringue. Coz kat umah jue pemukul elektrik tak der ngan semangat waja balik dari kerja pukul la telur tu tapinyer..... dah dekat 2 jam pukul tak jadi jadi meringue nyer.... last Jue tinggal gituuu jer bahan yang bersepah kat dapur. bila hubby balikkije pelik katanyer nengok muka mama, kenapa? jue siap warning lagi kat hubby jgn tegur2 tengah paneh hatiii... Ghupa nyer hubby risik kat Si Isya kenapa mama bad mood. Bila dah tahu kenapa, siap hubby tolong pukulkan telur tu. Jue ckp kat hubby pukul mcm mana pun dah tak mau kembang dahh... malam tu ajak kuar g bandar pastu siap hubby bawa g seng heng dannnn...... dapat la Jue Pemukul telur Elektrik yang Baru.. Ya hoooooo. untung juga kek tak jadi hari niee.........Tq my lovely hubby....

Ahad, 31 Mei 2009

SELAMAT HARI LAHIR MBAH


Petang sabtu lepas papa balik kije. ktorg terus bertolak balik ke kg. bukannyer jauh pun Jengka Jerrr... Dari pagi Jue n Isya sibuk menyiapkan Kek & sante finger. Qaisara tidur bleh la buat kije. Itupun masa tengah topping kek tu qaisara dah bangun. Mama sibuk nak tulis atas kek qaisara sibuk nak cucuk-cucuk kek tu. menguji kesabaran betul anak dara nie. Suruh Isya ajak qaisara mandi barulah boleh buat ngan aman. kelam kabut la dibuatnyerrr. Nak tengok kek nyer singgah la kat umah sebelah yerk. (jue-hobiku.blogspot.com)
Sampai jer kat umah Tok n Mbah terus si Isya suruh mbah belah kek. Sebenarnyer birthday FIL jue 25.6.???? (tahun tak ingat) tak pe la abah yerk. lewat 5 hari.
My MIL still tak boleh jalan lagi. Dah keluar dr wad and cuba pula berubat cara kampung. Doakan lah kesiahatan my MIL bertambah baik.

BERBUDI PADA TANAH



Mil Jue rajin org nyer. ni adalah tanaman yang di tanam dikawasan rumah . selama ni Jue sendiri tak pernah tengok pokok kundur. macam nie ghupanyer pokok kundur. bayak lagi tanaman nyer. Ada cili besar yang anak benih., tanah , plastik bag yang diberi oleh FAMA. tapi lupa plak nak snap gambo nyer. Tapi cian pokok-pokok ni skarang , sejak my MIL accident nie pokok tanaman nyer mcm merajuk jer.

Ahad, 19 April 2009

Happy Birthday Isya














Ini lah dia birthday girl mama. 13.4.09 baru nie genap la umur Nisa 4 tahun. Semoga menjadi insan yang berguna.
Sambut kat rumah opah.Tak jemput kawan-kawan pun hanya untuk keluarga sahaja.

Buah tangan









Sibuk anak dara mama mengisi paper bag ngan makanan. Seronok sangat la esok nak bawa utk kawan-kawan nyer. Tahun ni tak buat sambutan mcm tahun lepas. Masa tak mengizinkan.Buat ala kadar jer. Yang penting anak mama happy kannn.

Taman Esplanade, Kuantan



Pemandangan Taman Esplanade di kala malam.
Sambil pergi makan kat Taman Esplanade (Tempat ni Nasi lemak nyer yang famous).Ni kebetulan Jue bawa kamera apalagi anak dara sorang nie. Asal dpn kemera memang suka sangat bergaya. Kebetulan malam minggu Jeti kat MPK tu buka tapi tak naik la bot untuk menyusuri Sungai Kuantan.( Berapa banyak kebetulan yerk....) Mama nyer yang takut naik bot.






Tiga dara pingitan


Ni kat umah babay Hanim.Si baby Hanim elok jer pakai baju. Tapi dua anak dara tu yang baju nyer entah ke mana.Risau jer tengok tangan si Qaisara kat lengan Baby Hanim. klu org tak tengok ada kena cubit tu...

Baby Hanim


Ni lah dia sepupu NISARA. Si baby Hanim. pandai si baby hanim nie posing depan kamera. Dulu mama Hanim nie ada mengidam nak makan apa yang tak dapat nie. Berair jer bibir tu.

Meragam


Sang puteri yang kuat sangat meragam nyer. Nak ikut papa turun ambil mak ngah & Hanim. Bila tengok kakak nisa ikut papa lagi lah buat perangai.

Khamis, 9 April 2009

Rombongan Cik Kiah










dah lama tak pergi ke Cameron highlands. rasanyer last pergi masa zaman kanak-kanak. Oleh kerana nama dah terpilih dan tak bleh dielakkan lagi, kenalah juga pergi.








ini masa kat taman cactus. Mcm-mcm jenis ada.




Ni plak masa kat Ladang Teh Boh.







ni di Taman Rama-rama
























pantai Batu Buruk








ni sang putri nisa sedang naik kuda putih kat pantai batu buruk


Nisara tgh lepak sambil menunggu papa g beli A&W. Punyalah ramai org kat A&W nie.

Qaisara 1 tahun


birthday girl tak sabar nak makan kek.

NOR ALYA QAISARA


ni sorang lg sang putri nor alya qaisara. permata hati mama juga...

NORNISA FARZANA






inilah dia sang puteri nornisa farzana. permata hati mama....

NISARA

nak tahu mcm ne blog ni jadi nama nisara. jue gabungkan nama dua putri jue nornisa farzana (nisa) + nor alya qaisara (sara) = nisara.
masa nak buat blog nie , letih kepala ni memikirkan apa nama yg sesuai dan akhirnyer terciptala NISARA....

o..o..o balik kampung



Perjalanan balik kg di Perak. Nisa dgn Qaisara lama sgt tak jumpa Moyang nyer yg tengah sakit. Al maklumlah jue duduk kat kuantan dekat dgn kg mak ayah jd jarang skali lah dapat balik ke Perak. Skali skala balik ramai- ramai seronok jg.

Majlis berbuka

Ni gambar yg tahun lepas jg. Majlis berbuka puasa. Sj nak menyerikan blog yg dah lama bersawang nie.